fbpx

Sela masa dos penggalak dipendekkan tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan sela masa baharu bagi pemberian dos penggalak kepada penerima vaksin Pfizer dan Astrazeneca ditetapkan tiga bulan selepas menerima dos kedua.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya menjangkakan sebahagian penduduk akan mula menerima dos penggalak masing-masing pada Januari dan Februari depan.

Beliau berkata, temu janji suntikan dos penggalak akan diberikan kepada mereka yang layak berdasarkan beberapa keutamaan termasuk mengikut turutan umur dan mengambil kira status kesihatan.

“Keutamaan dos penggalak diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik. Ia kemudian akan diberikan kepada individu bermula daripada 50 tahun ke atas, 40 tahun ke atas dan seterusnya 18 tahun ke atas.

“Kita akan buka lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan klinik kesihatan swasta bagi pemberian dos penggalak ini sama seperti Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, KKM akan mengutamakan vaksin Pfizer dan Astrazeneca bagi pemberian dos penggalak ini manakala, vaksin jenis Sinovac hanya diberikan jika individu berkenaan mempunyai alahan kesihatan.

Khairy berkata, hasil dapatan dan kajian klinikal mendapati tahap keberkesanan dos penggalak terhadap jangkitan Covid-19 adalah berkurangan dengan masa.

Menurutnya, ia dibuktikan menerusi hasil kajian oleh The Real-World Evaluation of COVID-19 Vaccines Under the Malaysia National COVID-19 Immunisation Programme (RECoVaM). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI