fbpx

Polis terima laporan makhluk asing dalam bilik tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah UFO olok-olok dengan patung makhluk asing dan tulisan ‘Senyum, anda sedang diculik’ dilihat di bandar Alto Paraiso, Negeri Goias, 230 kilometer di utara Brasilia pada 20 Disember 2012. - AFP

DUBLIN – Jabatan Polis Ireland Utara melaporkan bahawa terdapat lapan laporan berkenaan penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO) di negara itu sejak setahun yang lalu, lapor laman berita Wion News semalam.   

Jumlah itu meningkat berbanding enam laporan sedemikian direkodkan pada 2020 dan empat aduan serupa pada 2019. 

Pada 17 Januari lalu, penduduk tempatan mendakwa melihat kapal angkasa dengan cahaya berkelip di kawasan Downpatrick. 

Pada Mei pula, polis tempatan telah dipanggil untuk menyiasat satu penampakan cahaya putih  di kawasan Maghaberry serta objek berbentuk cakera dari di Slemish County Antrim.

Seterusnya, polis turut melihat ‘imej pelik’ menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) dari sebuah rumah di kawasan Newtownabbey. Jabatan itu turut melaporkan penampakan objek berbentuk kubah dengan lapan lampu terang di Saintfield.

Pada separuh kedua tahun ini, penduduk tempatan dilaporkan menghubungi polis mengenai ‘entiti asing di dalam bilik tidur’, tetapi tiada laporan lanjut didedahkan dalam berita antarabangsa. 

Bagaimanapun, polis telah menahan seorang warga tempatan yang mendakwa telah diculik oleh makhluk asing pada Oktober lepas. Bulan lalu pula, penduduk tempatan dilaporkan melihat ‘cahaya terang luar biasa di langit’ yang direkodkan sebagai ‘penampakan aneh’.

Jurucakap Perkhidmatan Polis Ireland Utara (PSNI) menjelaskan bahawa tiada siasatan dijalankan berhubung dengan mana-mana penampakan yang dilaporkan. 

Nick Pope yang pernah menyiasat laporan penampakan UFO untuk Kementerian Pertahanan (MoD) berkata: ‘’Pandemik Covid-19 dan sekatan dilakukan mungkin memainkan peranan dalam perkara ini. Orang ramai mempunyai lebih banyak masa dan mereka mungkin tidak perasan akan penampakan sebelum ini. 

‘’Satu lagi kemungkinan adalah orang ramai lebih cenderung melaporkan kes itu disebabkan situasi semasa di Amerika Syarikat di mana kongres dan Pentagon memandang serius terhadap isu itu dan melancarkan inisiatif UFO,’’ jelasnya.

Tambahnya, dia bagaimanapun percaya bahawa kes kurang dilaporkan disebabkan stigma dalam masyarakat dan jika MoD mula menyiasat, pasti banyak laporan dilakukan oleh orang ramai. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI