fbpx

Polis siasat majlis kahwin pasangan selebriti langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis perkahwinan selebriti terkenal didakwa langgar SOP di Genting Highlands 15 Disember lalu.

BENTONG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) di Genting Highlands pada 15 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata pihaknya menerima laporan polis apabila sebuah video berdurasi 41 saat tular di media sosial memaparkan majlis perkahwinan pasangan itu di sebuah vila pada pukul 8.30 malam.

“Susulan itu polis menjalankan siasatan awal dan mendapati terdapat tetamu yang hadir ke majlis itu tidak memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan.

“Aktiviti itu telah melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dan polis telah membuka kertas siasatan bagi mengesan serta mengenalpasti kesemua individu terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) 2021 kerana tidak memakai pelitup muka serta tidak menjaga penjarakan fizikal.

“Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden ini serta menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI