fbpx

Peraduan ‘bebas internet’ hanya untuk pasangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta dilarang menggunakan sebarang teknologi berasaskan internet selama sebulan agar mereka dapat menghabiskan masa bersama-sama. – Unsplash

BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah syarikat minuman berasaskan kopi menganjurkan  cabaran unik untuk pasangan kekasih atau suami isteri di Amerika Syarikat (AS) yang melarang peserta menggunakan sebarang teknologi berasaskan internet selama sebulan, lapor laman berita Wion News semalam.

Cabaran diberi nama Kahlua Stir Up Your Routine itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$25,000 (RM104,599) buat pemenang.

Bagaimanapun, bagi menentukan pemenang utama, para peserta perlu menjalani satu ujian poligraf bagi menentukan sama ada mereka benar-benar mengikut peraturan yang ditetapkan atau sebaliknya.

Berdasarkan peraturan peraduan tersebut, ujian akan dilakukan oleh wakil yang dilantik oleh penaja bagi mengesahkan penyertaan mereka dan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti disediakan.

Para peserta juga akan dinilai sama ada telah melengkapkan kesemua perkara yang menjadikan mereka ‘bebas internet dan media sosial’ mengikut spesifikasi yang diluluskan oleh penaja dalam tempoh 30 hari cabaran tersebut.

Menurut penganjur, cabaran itu diadakan memandangkan hampir separuh penduduk AS mengakui bahawa mereka menghabiskan masa selama lima hingga enam jam menggunakan telefon bimbit setiap hari.

Ia juga bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai pasangan banyak menghabiskan masa bersama-sama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN