SEBARIS nama G-Dragon sudah tidak asing lagi sebagai selebriti dan artis K-pop paling berpengaruh dalam fesyen.
Penyanyi itu ternyata masih berbisa apabila tersenarai di tangga tiga teratas bagi kategori selebriti untuk Fashion IP List 2021.
Daftar tersebut dikeluarkan oleh sumber platform kerjasama Sunthchi, Fashion Exchange dan platform data Alibaba, CBNData.
Membuktikan pesona dimilikinya bukan calang-calang, anggota kumpulan Big Bang itu meletakkan dirinya melepasi beberapa nama besar lain seperti Rihanna, Justin Bieber, Ariana Grande dan Beyoncé.
Senarai berkenaan membariskan IP (intellectual property) fesyen global paling bernilai di China seperti industri pereka fesyen, jenama pereka fesyen, selebriti, artis dan influencer.
Pengaruh mereka dinilai berdasarkan tiga standard ditetapkan iaitu indeks penggunaan, kekerapan carian dalam enjin carian Baidu dan populariti menerusi laman Sina Weibo.
Dalam senarai tersebut, menduduki tangga pertama ialah aktor dari China iaitu Shawn Yue, diikuti supermodel terkenal negara tersebut, Liu Wen dan kemudian G-Dragon.