fbpx

Pemuda mirip arwah Abam Bocey, undang kerinduan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang pemuda memiliki wajah mirip Allahyarham Abam Bocey.

PETALING JAYA – Sudah hampir dua tahun pemergian seorang anak seni bernama Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey yang dirasai segenap anggota masyarakat sehingga ramai yang bercerita tentang kebaikan yang dilakukan oleh arwah.

Namun baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang pemuda memiliki wajah mirip Allahyarham Abam sehingga perkongsian tersebut berjaya meraih 1.2 juta tontonan di laman TikTok milik @dak_opey.

Menerusi video tersebut, pemuda itu merupakan salah seorang pekerja di sebuah kedai makan dan tidak dinafikan, sekali pandang memang seperti ‘kembar’ arwah.

Menurut Opy lagi menerusi kapsyen yang ditinggalkan, bukan setakat perangai pemuda itu yang dianggap sama dengan pelawak tersebut, malah mimik muka serta suaranya juga hampir sama dengan arwah.

Sementara itu, rata-rata orang ramai turut terkesima dan sebak apabila melihat wajah pemuda itu yang persis dengan Abam Bocey sehingga ada yang meluahkan rasa rindu mereka kepada arwah di ruangan komen.

“Ya Allah, rindunya pada arwah Abam dengan lawaknya yang bersahaja dan menghiburkan, mempunyai budi pekerti yang baik, moga tenang di alam sana,” kata @Aliaa Alhasniey.

“Sebak saya yang menonton video ini, memang teringat pada arwah Abam,” kata @syfqizzre_.

“Memang nampak macam kembar arwah, Fad dan Achey mungkin boleh jumpa dengan pemuda tersebut untuk ubat rasa rindu pada sahabat mereka,” kata @Jamsari Bridal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI