fbpx

Ops Pasca Banjir: PDRM bantu lupus al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proses pengeringan sedang dijalankan pasukan terlibat.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah menghulurkan bantuan untuk melupuskan al-Quran di sekitar Hulu Langat menerusi Ops Pasca Banjir, hari ini.

PDRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, Ops Pasca Banjir itu dijalankan bermula 9 pagi di kawasan Batu 19 serta Batu 20 di Sungai Lui dan Hulu Langat.

“Operasi itu diketuai Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim bersama tujuh pegawai serta 22 kadet Sukarelawan Polis Siswa Siswi dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

“PGA Briged Tengah ditugaskan untuk membantu operasi pasca banjir dengan mengumpul naskhah al-Quran terjejas akibat banjir dari masjid dan surau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, naskhah tersebut dibawa ke Masjid Al-Amin untuk proses pembersihan dan pengeringan sebelum dilupuskan menggunakan mesin pelupusan al-Quran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI