fbpx

Netizen busuk hati, isteri Caprice mahu taja jumpa pakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELIS dan suaminya, Caprice semasa membantu mangsa banjir di Shah Alam baru-baru ini.

PETALING JAYA – Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Barangkali itu peribahasa sesuai digambarkan mengenai situasi yang dihadapi isteri penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice iaitu Farra Inalis Hussni atau lebih mesra dipanggil Elis.

Selepas dikecam berpakaian seksi, Elis, 26, sekali lagi mendapat perhatian selepas turun padang bagi misi bantuan banjir di Shah Alam baru-baru ini.

Kehadiran ibu anak satu ke lokasi bencana tersebut didakwa­ sekadar sandiwara atau lakonan untuk meraih publisiti oleh segelintir netizen.

Tidak berdiam diri, Elis menyelar pihak menghentam diri­nya dengan komen berbau sarkastik di media sosial.

“Kalau awak sudi, saya nak taja awak pergi jumpa doktor pakar untuk periksa hati. Sebab saya faham orang ada masalah hati hitam memang hidup dia tak tenang.

“Sanggup buat akaun palsu sebab nak komen benda-benda buruk. Kasihan. Kalau berani, komen guna akaun sebenar,” getus Elis menjawab komen yang ditinggalkan netizen.

Terdahulu, terdapat pengguna media sosial mempersoalkan ketulusan hati Elis dan suaminya yang turun padang membantu mangsa banjir.

Antara komen yang ditinggalkan berbunyi: “Wayang saja lebih minah ini, kelakar pula tengok ini marketing (pemasaran) saja lebih nak bagi orang kenal. Nak jual produklah, marketing kena pandai.

“Setakat datang nak rakam gambar baik tak payah datang.”

Difahamkan, Elis dan Caprice kini dikenali dengan nama pentas baharu, Daddycap mengge­rakkan bantuan kepada mangsa banjir di Shah Alam sejak Rabu minggu lalu.

Dalam satu hantaran di Insta­gram, Elis meluahkan rasa sebak melihat kesengsaraan yang dihadapi mangsa bah terutama di Lembah Klang.

“Apabila melibatkan diri dalam aktiviti (sukarelawan) ini, timbul rasa syukur. Kasihan dengan mangsa yang sekelip mata hilang tempat berteduh dan harta benda.

“Anak-anak tiada tempat selesa nak tidur. Makanan terhad, nak mandi pun tiada air. Ya ­Allah, ringankanlah beban mereka yang terkesan kerana banjir,” tulis Elis. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI