fbpx

Lelaki malu gara-gara diminta beli tuala wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan mesej perbualan antara lelaki itu bersama teman wanitanya yang mengaku malu membeli tuala wanita. - Twitter

JAKARTA – Seorang lelaki yang mengaku harga dirinya sebagai seorang lelaki jatuh selepas terpaksa membeli tuala wanita untuk kekasihnya mendapat perhatian netizen, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Kejadian itu diceritakan menerusi dua gambar tangkap layar mesej perbualan menerusi akaun Twitter bernama @convomf.

Menerusi perbualan ringkas itu, dia diminta teman wanitanya membeli tuala wanita di sebuah kedai.

Lelaki itu akur, tetapi akhirnya dia mengadu malu jika ditanya oleh ibunya.

Muat naik itu menjadi viral kerana kapsyen ciapannya mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

‘’Mestilah malu terutamanya di tempat awam,’’ tulis seorang netizen.

‘’Adik saya pernah tolong saya beli tuala wanita, malah bangga kerana dapat tolong saya,’’ tulis netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI