fbpx

Kembar Siam dapat pekerjaan dengan dua gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sohna dan Mohna gemar membaiki barangan yang rosak sejak kecil. - Tangy Tales/YouTube

NEW DELHI – Sepasang kembar Siam di India yang  ditinggalkan oleh ibu bapa mereka sejak lahir, mendapat pekerjaan pertama dan  menerima dua gaji, lapor akhbar The Sun semalam.

Sohna dan Mohna Singh, 19, diterima bekerja di syarikat milik kerajaan negeri Punjab, Punjab State Power Corporation Limited (PSPCL) sebagai juruelektrik dan dibayar gaji kira-kira £100 (RM562) sebulan, setiap seorang.

Kedua-duanya  ditugaskan untuk bekerja di bilik kawalan bekalan, di mana mereka akan mengawasi peralatan elektrik di syarikat tersebut.

Sohna dan Mohna yang tinggal di sebuah  pusat perlindungan kanak-kanak sejak bayi itu mempunyai diploma dalam bidang elektronik serta gemar membaiki barangan  rosak di institusi tersebut sejak dari kecil.

“Kami amat berterima kasih kepada kerajaan negeri Punjab dan institusi Pingalwara yang  memberi pendidikan dan peluang bekerja kepada kami.,” kata Sohna dan Mohna.

Kedua-dua remaja tersebut dilahirkan dalam keadaan mempunyai dua jantung, dua buah pinggang, dua tulang belakang dan empat tangan, namun berkongsi hati, hampedu, limpa dan kaki.

Doktor tidak dapat melakukan pembedahan untuk memisahkan mereka kerana dibimbangi akan menyebabkan kematian pada salah seorang daripadanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI