fbpx

Kakitangan KKM tetap bertugas di kawasan dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang tetap menjalankan tugas masing-masing membantu mangsa banjir. - FOTO: IHSAN TWITTER DG HISHAM

PETALING JAYA – Bencana banjir terburuk yang melanda lapan negeri sejak 18 November lalu telah memberi kesan kepada lebih 40,000 mangsa yang terjejas dan pelbagai agensi serta pihak perseorangan turun padang menyalurkan bantuan dan perkhidmatan mereka.

Tidak dilupakan juga, barisan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang sentiasa bersedia dan menyumbang tenaga mereka menjalankan tugas masing-masing membantu mangsa banjir.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter milik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, beliau berterima kasih kepada barisan pasukan kesihatan yang sentiasa cekal dan tabah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik.

“Terima kasih diucapkan kepada warga KKM yang terus menunjukkan dedikasi dan pengorbanan dalam menjalankan tugas masing-masing membantu mangsa banjir walaupun di mana anda berada.

“Semoga Allah SWT memberi kita semua kekuatan dalam menghadapi dugaan ini,” ciapnya.

Sementara itu, beliau turut berkongsikan beberapa gambar sebagai kenangan warga KKM yang sedang bertugas di kawasan banjir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI