fbpx

Inspektor polis patah jari akibat kemalangan dengan Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kedua-dua kenderaan yang terbabit kemalangan hari ini. /FOTO IHSAN PDRM

KUALA PILAH – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor cedera selepas motosikal yang ditunggang melanggar sebuah kereta Perodua Myvi yang membuat pusingan U di Kilometer 25, Jalan Seremban-Kuala Pilah, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi, mangsa yang berusia 35 tahun dan bertugas di Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah itu dikejarkan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini untuk rawatan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani, kemalangan berlaku ketika Perodua Myvi yang dipandu warga emas berusia 70 tahun membuat pusingan U menghala ke Seremban.

“Berdasarkan siasatan awal, Perodua Myvi itu berhenti di bahu jalan untuk membeli barang sebelum berpatah balik menghala Seremban. Mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh sebelah kanan kereta berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI