fbpx

Hospital di Australia keluarkan hasil ujian Covid-19 yang salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkhidmatan patologi Hospital St. Vincent’s telah menghantar pemberitahuan yang salah kepada lebih 400 pesakit. – Getty

SYDNEY – Makmal ujian Covid-19 sebuah hospital di Australia membuat permohonan maaf selepas mengeluarkan pemberitahuan hasil ujian saringan yang salah kepada lebih 400 individu, yang sebenarnya positif virus itu, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Hospital St. Vincent’s di Sydney menyatakan,  perkhidmatan patologinya, SydPath telah menghantar pemberitahuan yang salah kepada pesakit-pesakit yang menjalani ujian  tindak balas rantaian polimerase transkripsi balikan (PCR) pada 23 dan 24 Disember lalu.

“SydPath telah menghantar pemberitahuan kepada lebih 400 individu memaklumkan bahawa ujian saringan Covid-19 mereka adalah negatif, sedangkan mereka sebenarnya positif wabak itu,” kata hospital tersebut dalam satu kenyataan.

Susukan kesilapan tersebut, satu siasatan dilakukan  bagi menyiasat insiden itu.

“Pasukan tindak balas kecemasan sedang menyiasat punca kesilapan tersebut, yang dipercayai disebabkan oleh kesilapan manusia. Kami meminta maaf kepada  semua individu yang terlibat,” tambah kenyataan itu.

Pengarah Perubatan SydPath, Anthony Dodds berkata, makmal tersebut terlalu banyak mengendalikan saringan Covid-19  sejak kebelakangan ini yang mungkin menjadi punca kepada kesilapan dalam pemberitahuan itu.

“Sejurus kami mendapat tahu mengenai perkara ini, SydPath terus menghubungi kesemua individu terbabit,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang pesakit yang terlibat memberitahu bahawa selepas dimaklumkan keputusan ujian saringannya adalah ‘negatif’, dia berasa skeptikal kerana mengalami gejala-gejala berkaitan Covid-19.

“Saya berasa tidak sihat kerana semua gejala yang saya alami adalah berkaitan Covid-19. Jadi, saya berpendapat bahawa PCR itu pasti salah,” katanya. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN