fbpx

‘Farra berat, pergi la’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan gelagat dua orang kanak-kanak bermain basikal.

PETALING JAYA – Gelagat anak kecil memang mampu membuatkan hati penonton terhibur kerana ada sahaja idea dan percakapan mereka ketika bersama rakan-rakan atau saudara mara yang lain.

Menerusi perkongsian video oleh @Filleahuda di media sosial yang memaparkan kecomelan dua kanak-kanak bermain basikal berjaya mencuit hati orang ramai sehingga menerima juga menerima 3 juta tontonan.

Dalam video tersebut kanak-kanak yang dikenali sebagai Aishah sedang menunggang basikal tersebut dan dibonceng oleh saudaranya, Farra.

“Berat, farra berat. Farra pergi la,” kata Aishah.

Dialog yang dilontarkan Aishah secara spontan itu sungguh menghiburkan disebabkan saiz badan Farra lebih besar berbanding dirinya dan menyukarkan dia untuk mengayuh basikal yang dibonceng saudaranya itu.

Rata-rata orang ramai yang menonton video itu memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Comelnya mereka berdua, terhibur makcik,” kata @ASMR CHHO7.

“Nak kesiankan Aishah ke atau Farra sebab dikatakan berat, gelagat kanak-kanak memang beri ketenangan,” kata @kaken.

“Amboi yang bonceng belakang itu duduk diam sahaja, kasihan kawan hadapan nak kayuh, lawak lah adik-adik ini,” kata @user78219. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI