fbpx

Dos penggalak di Sarawak bantu turunkan kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sarawak melaporkan trend penurunan kes positif Covid-19 sejak dua bulan lalu hasil pemberian dos penggalak yang dimulakan terlebih awal di negeri itu sejak 13 Oktober lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, penurunan itu dikesan sejak minggu epidemiologi (ME) ke-48 dimana bilangan kes yang dilaporkan adalah kurang dari seribu seminggu iaitu 776 kes berbanding bilangan kes pada ME ke-52 iaitu sejumlah 208 kes.

“Selain itu, angka kematian yang disebabkan Covid-19 juga menunjukkan penurunan daripada 497 kes pada bulan Oktober kepada 24 kes pada Disember 2021 (sehingga 28 Disember 2021).

“Kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menunjukkan penurunan yang ketara yang mana sebanyak 99 kes dirawat di ICU pada 5 November 2021 berbanding hanya 11 kes di ICU pada 26 Disember lalu,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Katanya, buat masa ini, tiada peningkatan kes Covid-19 selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Khairy Jamaluddin berkata, pemberian dos penggalak di Sarawak dimulakan lebih awal iaitu pada 13 Oktober 2021 sebagai langkah persediaan menghadapi PRN.

Menurutnya, hasil daripada peningkatan pemberian dos penggalak, negeri itu merekodkan jumlah penduduk tertinggi menerima dos penggalak iaitu 1,093,421 orang atau 53.5 peratus daripada penduduk dewasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI