fbpx

Bukan gimik, ‘founder’ rebah sebab penat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Iddin menafikan tuduhan video rebah sebagai satu strategi pemasaran.

PETALING JAYA- Insiden rebah membabitkan seorang pengasas produk kecantikan ketika berucap di atas merupakan situasi sebenar dan bukannya sengaja dibuat bagi meraih perhatian netizen.

Perkara itu didedahkan sendiri pengasas produk itu dikenali sebagai Muhammad Iddin Syah Mohd. Fauzi yang menyifatkan beliau terlalu penat hingga menyebabkan dirinya rebah di atas pentas.

Katanya, dakwaan netizen kononnya situasi itu adalah gimik semata-mata merupakan tuduhan tidak berasas serta perlu dihentikan serta-merta.

“Ada netizen kata saya tidak sensitif, buat gimik ketika orang sedang susah banjir. Pertama, ia bukan gimik. Kedua, jika anda ikuti saya, kalian akan tahu betapa saya dan pasukan telah membantu mangsa banjir.

“Daripada jadi netizen yang mengecam saja, lebih baik berfikiran positif. Kepada yang meninggalkan komen positif, terima kasih atas semangat kalian,” tulisnya.

Sebelum ini, satu video berdurasi 45 saat tular di laman media sosial apabila pengasas produk itu rebah ketika berucap pada satu majlis yang diadakan baru-baru ini.

Bagaimanapun, ramai netizen bertindak mengecam insiden itu dengan mengatakan ia sengaja dibuat bagi meraih perhatian juga sebagai strategi pemasaran. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI