PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan seekor buaya menggigit seekor buaya lain yang bersaiz lebih kecil tular di media sosial.
Difahamkan kejadian itu berlaku di Kuala Baram Miri berdekatan Shinyang Plywood, Sungai Bilat, Sarawak.
Video yang berdurasi 30 saat itu dikongsikan oleh portal Sarawak Update LIVE di laman Facebook.
Menerusi perkongsian tersebut, buaya itu sedang menyusuri sungai sambil menggigit seekor buaya yang lain.
Penduduk di sekitar kawasan berkenaan diminta berhati-hati dengan kemunculan buaya itu boleh mengancam keselamatan diri. – K! ONLINE