fbpx

Boy, si kucing cacat yang sangat luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHRIZZAL (kanan) mendukung Boy, manakala isterinya, Nur Fadzilah mendukung Jendoi yang menang pada Festival Kucing Jalanan di Gopeng semalam.

GOPENG – Boy hanyalah se­ekor kucing cacat, namun aura yang dimiliki haiwan berkenaan berjaya menambat hati juri apabila berjaya memenangi tiga kate­gori pada Festival Kucing Jalanan anjuran Meow Food Truck di Cengkerik Eco Park, Taman Herba di sini semalam.

Tiga kategori yang dimenangi kucing berkenaan adalah bagi kategori kurang upaya, kucing makan paling laju selain menjadi naib johan kucing pa­ling berhias.

Pemiliknya, Mohamed Shahrizzal Mohamed Tajuddin, 34, berkata, kucingnya sebelum ini mengalami kemalangan sehingga menyebabkan kaki kiri haiwan itu terpaksa dipotong.

Bagaimanapun, katanya, kekurangan yang ada Boy yang kini berusia setahun tidak menjadi penghalang untuk menjadi kucing yang sihat dan aktif.

“Kami memenangi tiga daripada empat kategori pada program yang dipertandingkan.

“Kami memang tidak me­nyangka akan menjadi johan dan naib johan kerana persiapan memang ala kadar,” katanya yang memberitahu Boy ditemui di tepi jalan setelah dilanggar kereta.

Seekor lagi kucing milik Mohamed Shahrizzal dikenali sebagai Jendoi memenangi ka­tegori kucing paling berhias. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI