fbpx

Beri komen buruk di Instagram, wanita didakwa di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Monica (kiri) mendapat sokongan beberapa organisasi ketika cuba membela diri. – Daily Star

JAKARTA – Seorang wanita yang didakwa mencemarkan reputasi sebuah klinik kecantikan terpaksa membayar ganti rugi ratusan juta rupiah  setelah memberikan maklum balas buruk terhadap perkhidmatan yang diberikan, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Stella Monica Hendrawan, 26, memberikan komentar buruk di akaun Instagramnya mengenai rawatan jerawat yang diterima daripada sebuah klinik penjagaan kulit di Indonesia.

Namun, setelah mendakwa kulitnya bertambah teruk selepas dirawat, syarikat itu menuduhnya mencemarkan reputasi mereka dan menuntutnya membayar ganti rugi sebanyak 800 juta rupiah (RM 235,380.87).

Disebabkan tidak mampu membayarnya, polis mengunjungi rumah Monica kerana melanggar undang-undang internet 2008 yang mengawal aktiviti dalam talian.

Dia memberitahu laman berita This Week In Asia: ‘’Saya hanya bercakap tentang pengalaman saya bersama rakan-rakan ketika mendapatkan rawatan. Saya tidak tahu bahawa klinik itu akan menuduh saya mencemarkan nama baiknya.’’ 

‘’Saya diisytihar sebagai suspek pada 2020. polis mengunjungi rumah. Mereka merampas telefon bimbit dan mengambil alih kawalan akaun Instagram saya. Saya hanya berharap kewarasan dan kesopanan berlaku, kerana hidup saya menjadi terbalik kerananya,’’ jelas Monica 

Dia dibebaskan pada 14 Disember selepas berjuang membela diri. Monica berasa ‘diasingkan’ daripada komuniti dan beberapa rakannya.

Menurut peguam yang mewakili klinik kecantikan tersebut, Monica dikatakan tidak pernah membuat aduan berkenaan rawatan diterimanya dan bertukar ke klinik baharu tanpa meninggalkan notis.

Wanita itu dituduh membuat komen palsu dengan cara menghina, menyinggung perasaan, tindakan menghina dan ‘tidak boleh mengandungi fakta palsu’.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI