PETALING JAYA – Bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri baru-baru ini telah memusnahkan harta benda dan barang keperluan penduduk yang terlibat.
Bagaimanapun, beberapa pengguna telah berkongsi mengenai ‘keajaiban’ bekas makanan berjenama yang dianggap mampu menyelamatkan makanan daripada menjadi rosak kesan daripada bencana banjir.
Menerusi satu perkongsian gambar yang dimuat naik @E_Blackbeard di Twitter, keropok ikan yang telah digoreng dan dimasuki di dalam bekas makanan itu masih boleh dimakan kerana selamat dari banjir.
“Kualiti diyakini patutlah ibu kita marah kalau hilang,” katanya.
Jenama yang dikatakan kedap udara dan air itu benar benar berhasil kerana terdapat juga perkongsian dari mangsa banjir lain mengenai biskut dan kurma yang terdapat di dalam bekas itu yang masih selamat.
Tepung juga masih boleh digunakan walaupun sudah ditenggelami air.
Rata-rata orang ramai memberi pelbagai reaksi yang mencuit hati setelah melihat gambar yang dikongsikan itu.
“Cerita dekat mak pasal gambar ni. Dia punya senyum fuh lain macam. Senyum yang penuh dengan kebanggaan,” kata @scoupiegoe.
“Berguna betul bekas jenama ni. Letak dokumen penting dalam ni kalau banjir Insya-Allah selamat,” ujar @ladymissazira.
“Bekas jenama ni memang hebat. Susu anak saya masih kering dan tidak masuk air langsung walaupun dah berenang dalam banjir,” jelas @shinodeismail. – K! ONLINE