fbpx

BANM Capital tawar RM3 juta untuk belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HENG (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran BANM Youth StartUp Project di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Golongan belia yang berumur antara 21 hingga 30 tahun berpeluang untuk menceburi perniagaan khusus­nya dalam bidang makanan dan minuman (F&B) melalui program BANM Youth Start Up Project.

Program yang menawarkan dana sebanyak RM3 juta itu memfokuskan kepada usaha syarikat untuk membantu kira-kira 300 belia bagi memulakan perniagaan dalam bidang-bidang berkaitan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BANM Capital, Sherman Heng berkata, generasi masa kini lebih berani dan sukakan cabaran, malah ada juga yang telah memulakan perniagaan ketika mereka masih belajar atau sebaik sahaja menamatkan pe­ngajian.

“Namun begitu, ramai juga dalam kalangan mereka yang tidak dapat menzahirkan impian masing-masing akibat kekurangan ilmu tentang pasaran, selain kekangan sumber dan cabaran kewangan.

“Dengan memanfaatkan permintaan tinggi dalam bidang F&B dan digandingkan dengan teknologi, data dan pelbagai sumber lain, kami berharap agar golongan belia yang berminat dapat diberi bimbingan serta peluang untuk berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis pelancaran dana tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

BANM Capital telah ditubuhkan pada tahun lalu.

Ia kini telah secara rasmi mengambil alih dan memba­ngunkan pelbagai jenama F&B serta menubuhkan sebuah syarikat teknologi dan perusahaan yang melibatkan operasi huluan dan hiliran kumpulan tersebut.

BANM Capital adalah pemilik kepada lima buah anak syarikat yang terdiri daripada The Alley Malaysia, JnG Fried Chicken Malaysia, Moden Kol, Alley Go, dan BANM Alley (BANM Tech Sdn Bhd).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI