fbpx

Banjir: Percuma dapatkan semula dokumen kahwin, cerai, rujuk JAIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Mangsa banjir kehilangan dokumen berkaitan kebenaran kahwin, cerai dan rujuk boleh mendapatkan semula salinan secara percuma.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) , Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, individu terlibat boleh berurusan dengan Pejabat Agama Islam Daerah yang berbidang kuasa mengeluarkan dokumen tersebut mulai hari ini sehingga 31 Januari tahun depan.

Katanya, JAIS sangat prihatin dan mengambi berat kemaslahatan orang awam yang terjejas dengan banjir yang dialami kebanyakan daerah di Selangor.

“JAIS menjangkakan bencana alam ini turut menyebabkan kemusnahan, kerosakan atau kehilangan dokumen-dokumen rasmi penting berkaitan perkahwinan, penceraian dan rujuk yang dikeluarkan oleh JAIS.

“Sehubungan itu, mangsa banjir yang kehilangan dokumen Kebenaran Berkahwin yang dikeluarkan di bawah seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga (Negeri Selangor) 2003, Surat Perakuan Nikah di bawah subseksyen 26(1), Surat Perakuan Cerai di bawah subseksyen 55(5) atau Surat Perakuan Rujuk di bawah subseksyen 52(3) enakmen yang sama, boleh membuat permohonan semula salinan dokumen tersebut tanpa dikenakan sebarang bayaran,” katanya dalam kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI