fbpx

Banjir: 5,000 anggota perkhidmatan awam akan digerakkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seramai hampir 5,000 anggota keluarga perkhidmatan awam akan digerakkan bagi membantu misi pasca banjir secara berperingkat dan mengikut penggiliran masing-masing.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman berkata, kerajaan melalui kenyataan media Pejabat Ketua Setiausaha Negara pada 27 Disember 2021 memutuskan supaya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyelaras pembahagian kawasan terjejas banjir kepada kementerian.

Katanya lagi, arahan tersebut juga merangkumi usaha menyelaras mobilisasi pegawai Perkhidmatan Awam khususnya bagi membantu kerja-kerja pembersihan dan kemanusiaan.

“Selaras dengan keputusan tersebut, kementerian akan menentukan dan mengarahkan pegawai di agensi masing-masing untuk membantu melaksanakan tugas-tugas pasca banjir berdasarkan kawasan yang telah ditetapkan dan arahan ini berkuat kuasa serta-merta.

“Ia juga dilaksana berdasarkan kawasan yang terjejas teruk bagi tempoh masa tertentu bertujuan meringankan kepayahan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mohd. Khairul Adib berkata, berdasarkan surat edaran yang dikeluarkan oleh JPA pada hari ini, pegawai-pegawai yang terlibat dengan arahan mobilisasi adalah dianggap menjalankan tugas rasmi. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI