fbpx

ATM nafi video tular bantuan banjir oleh UN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Affendi Buang dan trak United Nations yang telah tular.

PETALING JAYA – Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menafikan mengenai penularan video berdurasi satu minit yang memperlihatkan pergerakan beberapa trak 3 tan berlogokan United Nations (UN) serta berwarna putih atas keterlibatan pertubuhan antarabangsa itu membawa masuk bantuan banjir kepada Malaysia.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan baru-baru ini, penularan video berkenaan melalui Facebook peribadi atas nama Jong Senow dan Nazimah Ibrahim, masing-masing pada 24 dan 7 Disember 2021 adalah tidak benar sama sekali.

“Untuk makluman, paparan video tersebut adalah merupakan proses Final cceptance Test (FAT) yang dilaksanakan oleh ATM sebelum kenderaan tersebut diaturgerakkan ke Lubnan untuk kegunaan Kontinjen MALBATT 850 yang melaksanakan misi pengaman di bawah United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL),” kata kenyataan itu.

Susulan itu, Markas Angkatan Tentera Malaysia menasihatkan agar orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian atau menularkan sebarang perkara yang tidak pasti atau berita palsu kerana ia boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan masyarakat.

“Adalah ditegaskan bahawa mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh di dakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” kata kenyataan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI