fbpx

Ambil langkah cegah lalat musim banjir – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Setiap hujung tahun pasti akan berlakunya bencana banjir ekoran musim tengkujuh yang melanda negara dan terbaharu lapan buah negeri direkodkan telah dilanda banjir kilat pada 18 Disember lalu.

Pada ketika ini juga, akses kepada makanan menjadi terhad dan bekalan-bekalan makanan akan mengalami sedikit kesukaran untuk tiba ke penempatan penduduk yang terjejas akibat kesan banjir dan perlu dipastikan juga keselamatan makanan yang diambil dalam keadaan bersih.

Dalam pada itu, perlu sentiasa mengambil langkah pencegahan dan kawalan lalat sepanjang dan selepas musim banjir disebabkan kawasan banjir berisiko tinggi diserang lalat yang banyak kerana keadaan kawasan yang tercemar dengan sisa kumbahan dan longgokan sampah.

Menerusi perkongsian oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di laman Facebook, kehadiran lalat boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan dan air seperti keracunan makanan, cirit-birit, kolera dan demam Kepialu (Tifoid).

Infografik yang dikongsi KKM

“Sepanjang musim banjir perlu pastikan tutup tong sampah dan pastikan makanan tidak terdedah serta sentiasa mengelap dan membersihkan meja selepas makan untuk mengelakkan tarikan lalat.

“Selain itu, pasang perangkap lalat dan paling penting tidak membuang sisa makanan merata-rata,” katanya.

Sementara itu, KKM turut menyenaraikan tindakan yang perlu diambil selepas musim banjir seperti mengenal pasti kawasan hurungan lalat dan lupuskan punca tumpuan lalat serta bangkai haiwan yang mati akibat banjir.

“Jika ingin menanak bangkai, pastikan sedalam empat kaki atau lebih dan tandakan supaya tidak digali semula.

“Jika keadaan semakin teruk dengan kehadiran lalat, hubungi anggota majlis perbandaran tempatan atau pejabat kesihatan daerah untuk penggunaan bahan kimia bagi mengawal lalat,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI