fbpx

Tokoh agama maut kemalangan sering jadi rujukan anak murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Syeikh Yahya dibawa keluar dari Jabatan Forensik HSB untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di KIDU, Pokok Sena petang ini.

ALOR SETAR – Tokoh agama, Syeikh Yahya Asy’ari, 65, yang maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Jagung, Padang Pusing di Pendang dekat sini semalam disifatkan sebagai seorang guru yang disegani dan sering menjadi rujukan anak muridnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu, Syeikh Yahya ditemui dalam keadaan rentung selepas kereta jenis Perodua Viva dipandunya terbakar setelah terlibat kemalangan dengan empat kenderaan lain.

Kemalangan berlaku ketika mangsa cuba memotong kereta Proton Saga, namun gagal lalu bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dari arah bertentangan sebelum terbabas dan melanggar dua kenderaan lain.

Allahyarham Syeikh Yahya

Pelajar kepada tokoh ulama itu, Syeikh Aminuddin Abdul Rahim yang juga Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah berkata, beliau berguru dengan Allahyarham Syeikh Aminuddin sejak dari tahun 2021.

“Saya akan berulang-alik ke rumah arwah di Pendang untuk belajar dan jika masing-masing sibuk, saya akan terus menghubunginya jika ada sebarang persoalan tentang agama.

“Saya juga sering bermusafir dan beberapa kali mengerjakan umrah bersama Allahyarham dan kali terakhir berjumpa pada bulan lepas di Perak,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI