fbpx

Tanah runtuh: Penduduk Apartmen Sri Duta 1 diarah kosongkan kediaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan runtuhan di Apartmen Sri Duta 1, Taman Duta di sini susulan hujan lebat Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR – Insiden tanah runtuh menyebabkan penduduk di Apartmen Sri Duta 1, Taman Duta di sini diarahkan berpindah atas faktor keselamatan.

Difahamkan runtuhan berlaku susulan hujan lebat yang melanda kawasan sekitar Lembah Klang sejak Sabtu lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan berkata, penduduk di apartmen berkenaan diarah mengosongkan kediaman masing-masing selepas berlaku tanah runtuh pada bahagian bawah beberapa blok apartmen di situ.

“Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) sedang meneliti perkara itu dan akan berbincang dengan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan pengurusan pangsapuri (berhubung jalan penyelesaian).

“DBKL kemudian akan memaklumkan kepada saya mengenai laporan itu (daripada IKRAM),” ujarnyanya kepada FMT.

Shahidan memaklumkan, laporan IKRAM berhubung kejadian itu dijangka siap hari ini.

Sementara itu, Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dilaporkan berkata, pihak kontraktor sedang melaksanakan kerja mengukuhkan asas tanah di bangunan yang terkesan.

“Kerja-kerja pemantauan sedang dilakukan oleh DBKL setiap hari bagi mengukur pergerakan air dan tanah.

“Sehingga kini, tiada pergerakan tanah dikesan,” katanya yang turut memaklumkan DBKL memindahkan 34 keluarga minggu lalu ekoran kawasan itu dianggap tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI