fbpx

Sungai Langat berada pada aras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa penunggang motosikal melewati jalan raya yang rosak dalam kejadian banjir di Kampung Batu 19, Sungai Lui, Hulu Langat semalam.

PETALING JAYA – Status aras air Sungai Langat di Pekan Kajang serta Taman West Country berada pada aras bahaya susulan hujan lebat berterusan yang melanda daerah Hulu Langat petang tadi.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), pihaknya meminta agar penduduk di kawasan terlibat sentiasa waspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Sementara itu, hujan yang berlaku selama dua jam itu turut mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan dan laluan utama.

Terbaharu, banjir kilat dilaporkan berlaku di dua kawasan perumahan di Bandar Sungai Long dan Taman Lembah Mewah hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI