fbpx

Siap sedia hadapi gelombang banjir kedua- Ka Siong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong ketika mengumumkan Pas Perjalanan My50, di Stesen LRT Gombak, di sini hari ini. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir kedua ekoran situasi cuaca yang tidak menentu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, perbincangan persediaan awal pelbagai agensi kerajaan sedang dijalankan bagi menangani bencana banjir.

“Saya sudah berbincang dengan pelbagai pihak untuk persediaan gelombang kedua banjir.

“Kita kena buat persediaan awal dan diminta semua agensi untuk memerhati situasi semasa banjir dan memaklumkan kepada pihak kita,” katanya ketika sidang akhbar di Stesen LRT Gombak, di sini hari ini.

Jelasnya, apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengawal situasi banjir mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Kita akan menggerakkan stesen Aliran Transit Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) bagi menempatkan mangsa banjir buat sementara waktu di masa hadapan.

“Kita sudi menerima mangsa banjir untuk berteduh dan kita akan mengatur dengan agensi lain yang menyediakan bot untuk tujuan ini,” katanya.

Tambah beliau, pengangkutan awam sentiasa dipantau dan ada stesen tertentu terpaksa ditutup disebabkan air yang deras bagi menjamin keselamatan pengguna.

“Jika gelombang kedua berlaku, kita akan tutup dan lencongkan perjalanan pengangkutan awam ke tempat yang lebih selamat.

“Penutupan stesen tertentu akan dilakukan mengikut aras SOP keselamatan,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI