fbpx

Saloma sebak kenang nasib selepas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saloma melihat kawasan rumahnya yang terjejas akibat banjir di kampung Labohan Dagang di sini, hari ini.- FAISOL MUSTAFA

BANTING – “Tiada apa yang tinggal, hanya air mata sahaja,” kata warga emas, Saloma Sinan, 64, berhubung keadaan rumahnya di Kampung Labohan Dagang, di sini yang terjejas akibat banjir pada minggu lalu.

Dia yang tidak berkahwin tinggal seorang diri di rumah serta menyara hidup dengan wang bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) sebanyak RM250 selain wang simpan sewaktu bekerja dahulu.

“Ketika muda dan masih kuat, makcik pernah bekerja kilang di Teluk Panglima Garang dan Bangi sebelum berhenti pada 1999 serta pulang ke kampung di sini.

“Selepas itu, bermacam kerja makcik buat termasuk sebagai pekerja pembersihan. Malah sewaktu masih larat, makcik mengambil upah melipat plastik dan bekerja di kilang rempah ratus,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Saloma berkata, disebabkan tidak boleh duduk terlalu lama, dia tidak berupaya untuk mengambil upah bagi kedua-dua pekerjaan sambilan tersebut sekali gus hanya mengharapkan bantuan daripada JKM serta wang simpanannya.

“Dahulu makcik ada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetapi ia habis digunakan termasuk menunaikan umrah. Makcik juga ada simpanan di Lembaga Tabung Haji serta menggunakannya secara berhemah untuk kegunaan sendiri.

“Ia tidaklah banyak mana, tak sampai RM10,000 pun namun makcik bersyukur atas pemberian rezeki Allah SWT. Apabila berlaku banjir begini, tidak ada benda yang tinggal lagi.

“Kalau nak buat pinjaman nak betulkan rumah, makcik mana ada duit nak bayar balik. Dengan keadaan selepas banjir ini, makan pun kadangkala hanya roti dan biskut ketika ini kerana tidak boleh masak,” katanya yang turut mengidap gastrik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI