fbpx

Salman Khan sambut hari jadi selepas dipatuk ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALMAN KHAN tidak mengalami impak teruk selepas dipatuk ular.

MUMBAI – Pelakon terkenal Bollywood Salman Khan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kamothe di Navi Mumbai pada malam Sabtu lalu selepas dipatuk seekor ular berwarna hitam.

Kejadian tersebut berlaku ketika Salman, 56, sedang berbual bersama beberapa orang rakannya ladang miliknya yang terletak berhampiran bandar Panvel berhampiran Navi Mumbai, India.

Menurut laporan Hindustan Times, pelakon itu telah dipatuk pada bahagian tangan ketika cuba mengeluarkan haiwan berbisa itu selepas menemuinya dalam rumah ladang tersebut.

“Salman telah dipatuk ular pada malam kelmarin dan dibawa ke hospital. Dia dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan pulang enam jam kemudian.,” kata sumber terdekat kepada aktor tersebut.

Difahamkan Salman bersama anggota keluarga serta beberapa orang rakan terdekat berada di ladang terbabit untuk meraikan sambutan hari jadinya yang ke-56 pada hari ini (Isnin).

Selepas dibenarkan keluar daripada hospital semalam, pelakon filem Har Dil Jo Pyar Karega itu disambut dengan puluhan jurugambardalam keadaan tersenyum ketika balik semula ke ladang miliknya itu.

“Teruskan tersenyum,” kata seorang jurugambar.

Salman bagaimanapun membalasnya dengan memberitahu dia terpaksa tersenyum sedangkan tangannya masih sakit selepas dipatuk ular.

Doktor yang merawatnya memberitahu bahawa Salman bernasib baik kerana dipatuk spesies ular yang tidak merbahaya.

Bapa kepada Salman, Salim Khan memberitahu keadaan anaknya tidak begitu membimbangkan dan doktor telah memberikan beberapa jenis ubat-ubatan kepada pelakon itu.

Sehari selepas kejadian, Salman telah berkongsi video ketika meraikan sambutan hari jadinya dalam keadaan sihat seolah-olah tiada sebarang kejadian mencemaskan berlaku terhadapnya.

Dalam majlis itu juga, turut kelihatan seorang wanita yang didakwa sebagai teman wanita baharu kepada Salman iaitu Lulia Vantur. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI