fbpx

‘Orang ada masalah hati hitam memang hidup tak tenang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARRA INALIS semasa menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

PETALING JAYA – Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Barangkali peribahasa berkenaan sesuai dipadankan dengan situasi yang dihadapi isteri kepada penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice iaitu Farra Inalis Hussni atau lebih mesra dengan panggilan Elis.

Keprihatinan Elis, 26, dalam menghulurkan misi bantuan banjir di Shah Alam baru-baru ini dipersoalkan segelintir netizen sehingga ada yang mendakwa kehadirannya ke lokasi terjejas banjir sekadar sandiwara atau lakonan demi meraih publisiti.

Tidak berdiam diri, Eli tampil menyelar pihak menghentam, dirinya dengan komen bersifat sarkastik menerusi laman sosial.

“Betul itu. Kalau awak sudi, saya nak taja awak pergi jumpa doktor pakar untuk periksa hati. Sebab saya faham orang ada masalah hati hitam memang hidup dia tak tenang.

“Sanggup buat akaun palsu sebab nak komen benda-benda buruk. Kasihan. Nak gentle (berani) komen guna akaun sebenar,” getus Elis menjawab komen yang ditinggalkan netizen.

Terdahulu, segelintir netizen mempersoalkan ketulusan hati dirinya ‘turun padang’ memberikan bantuan kepada mangsa banjir bersama suaminya.

Antara komen yang ditinggalkan berbunyi: “Wayang saja lebih minah ini, kelakar pula tengok\ Ini ‘marketing’ saja lebih nak bagi orang kenal. Nak jual produk lah katanya, marketing kena pandai.

“Setakat datang nak ambil gambar baik tak payah datang.”

Difahamkan, Elis dan Caprice atau kini ingin dikenali dengan nama pentas baharu, Daddycap menggerakkan bantuan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas di Shah Alam, Selangor.

Dalam satu hantaran status Instagram, Elis meluahkan rasa sebak apabila mengetahui tentang sengsara yang dihadapi mangsa-mangsa banjir terutama di kawasan Lembah Klang.

“Apabila melibatkan diri dalam aktiviti macam ini, banyak timbul rasa syukur. Kasihan dengan mangsa-mangsa yang sekelip mata hilang tempat berteduh, hilang segala harta benda.

“Anak-anak tiada tempat selesa nak tidur. Makanan terhad, nak mandi pun tiada air. Ya Allah, ringankanlah beban mereka yang terkesan kerana banjir,” kata Elis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI