fbpx

Mereka lebih memerlukan dari saya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vivy yang memuat naik gambar bersama anak perempuannya, Mariam serta sejumlah wang yang disumbangkan oleh anaknya untuk membantu mangsa banjir

PETALING JAYA – Kejadian bencana banjir yang berlaku di Malaysia telah mendapat perhatian pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa terlibat.

Tragedi tersebut turut memberi kesan kepada usahawan e-dagang yang juga pemilik FashionValet Datin Vivy Yusof yang berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya memberitahu anak perempuannya yang berusia enam tahun telah menghulurkan duit simpanan untuk diberikan kepada mangsa banjir.

Menerusi perkongsian tersebut, Vivy memaklumkan dia sering berkongsi pelbagai perkara kepada anak-anaknya termasuklah kejadian bencana banjir yang telah melanda negara dengan menunjukkan video situasi terkini.

“Setelah menyaksikan video tersebut, Mariam telah menyerahkan kesemua wang simpanannya yang berjumlah RM220 kepada saya untuk disalurkan kepada mangsa banjir.

“Wang tersebut hasil simpanannya untuk membeli mainan,” katanya.

Tambah Vivy, anaknya sempat memberitahu bahawa mereka (mangsa banjir) lebih memerlukan sumbangan tersebut berbanding dirinya.

Jelasnya, dia berasa puas setelah melihat tindakan anaknya itu dan berasa bangga kerana meletakkan nilai kemanusian lebih tinggi daripada mainan yang ingin dibelinya.

Rata-rata orang ramai yang melihat hantaran tersebut turut memuji tindakan anaknya itu.

“Hebatnya jiwa anak muda yang baru berusia enam tahun mampu melihat kesedihan dan kesusahan orang lain. Terbaik Mariam,” kata @nrl.fasiha.

“Mariam, awak mempunyai hati yang sangat murni,” kata @tobingnota.

“Sekarang saya jeles sebab kanak-kanak enam tahun lagi berjiwa rakyat, terima kasih Mariam,” kata @rafiquqasya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI