fbpx

MAIWP salur RM35 juta bantu mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daud Bakar bercakap pada sidang akhbar Program Sentuhan Kasih MAIWP - Misi Bantuan Banjir di Bangunan Perkim, di sini hari ini. -SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan sumbangan tambahan sebanyak RM35 juta menerusi dana zakat untuk membantu mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pengerusinya, Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, berdasarkan situasi terkini banjir yang melanda negara, 11 bantuan akan dilaksanakan menerusi Program Sentuhan Kasih MAIWP-Misi Bantuan Banjir 2.0.

“Sebanyak RM10 juta bantuan akan diberikan kepada mangsa banjir di luar Wilayah Persekutuan melibatkan negeri Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

“Bagi bantuan perubatan secara klinik bergerak, bantuan moratorium serta baik pulih kenderaan diperuntukkan sebanyak RM3 juta,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Daud berkata, bantuan tunai secara one off turut diberikan kepada mangsa banjir sebanyak RM2 juta.

“RM3.5 akan diperuntukkan bagi membina semula rumah manakala RM1 juta akan diagihkan untuk bantuan peralatan sekolah dan institut pengajian tinggi.

“Bagi bantuan menyelenggara pendawaian elektrik adalah sebanyak RM500,000,” jelasnya.

Menurutnya lagi, bantuan ini akan digerakkan secepat mungkin seawal hari ini atau esok kerana masih ramai mangsa banjir yang menanti bantuan.

“Masyarakat juga disarankan untuk menjadi mata dan telinga dengan membantu melaporkan kesusahan di sekeliling kepada MAIWP,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI