fbpx

Lulus i-Citra, dengar rintihan rakyat – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib berharap kerajaan membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Citra sebagai skim pengeluaran khas terakhir.

PETALING JAYA – Kerajaan dirayu supaya membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi i-Citra sebanyak RM10,000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir.

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu amat diperlukan ketika ini dan berharap kerajaan mendengar rintihan rakyat.

“Dengarlah rintihan rakyat, kali terakhir pengeluaran khas.

“Selepas itu, fokus semula untuk bina balik simpanan pendeposit baki rendah dalam KWSP,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.

Tambah Najib, kerajaan tidak perlu hanya mendengar pandangan Menteri kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz semata-mata.

Jelasnya, terdapat pelbagai cara lain yang boleh dilakukan kerajaan dalam meningkatkan semula simpanan dalam KWSP. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI