fbpx

Lelaki kesan lokasi UFO terhempas di Antartika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Waring mengesan sebuah objek misteri seperti cakera di dalam sebuah rekahan ais berbentuk hati di benua Antartika. - UFO Sightings Daily/Youtube

WASHINGTON – Seorang lelaki yang menggelar dirinya  pakar makhluk asing mendakwa berjaya  mengesan sebuah objek misteri seperti cakera di dalam sebuah rekahan ais berbentuk hati di Benua Antartika, menggunakan aplikasi Google Maps, lapor akhbar Daily Star semalam.

Scott C Waring melihat objek ganjil tersebut semasa melayari laman pemetaan, Google Maps baru-baru ini.

Dia  berkongsi  imej tersebut  di saluran YouTube miliknya. Imej itu memaparkan rekahan besar pada permukaan ais di rantau Kutub Selatan itu bersama sebuah  cakera hijau besar berukuran lebar sekitar 40 meter.

Menurutnya, objek tersebut adalah kapal angkasa makhluk asing yang terhempas, manakala  rekahan ais itu adalah impak insiden tersebut.

“Saya membayangkan selepas video ini dikongsikan, akan ada mana-mana kerajaan yang pergi ke situ dan menyiasat kejadian tersebut.

“Cakera itu berada di dalam rekahan ais berbentuk hati. Ia membuatkan saya berfikir, adakah makhluk asing sengaja melakukan demikian?,” katanya.

Tambah Waring, kawasan itu merupakan lokasi terbaik untuk pendaratan objek terbang tidak dikenali (UFO) kerana tiada sesiapa akan menyedarinya memandangkan ia terletak jauh di Antartika.

“Tiada sesiapa akan melalui kawasan itu, berlayar atau mendaki mendekatinya. Ia merupakan lokasi terbaik untuk UFO bersembunyi.

“Fenomena ini menjadi bukti bahawa makhluk asing wujud dan berada di Bumi. Jadi, pemburuan (makhluk asing) kini bermula,” ujarnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI