TIADA apa yang melegakan penyanyi Kwon Kwang-jin apabila memaklumkan dia akhirnya bebas daripada tuduhan melakukan serangan seksual yang dihadapinya sebelum ini.
Perkara tersebut diberitahu sendiri bekas anggota kumpulan N. Flying itu menerusi Instagramnya dengan berkongsi berita baik apabila kebenaran memihak kepadanya.
Terdahulu pada 2018, Kwang-jin terpaksa meninggalkan N. Flying selepas dituduh melakukan serangan seksual.
Atas sebab itu, dia yang merupakan pemain basis dalam kumpulannya terpaksa berusaha keras membersihkan namanya selama empat tahun.
Selepas berhempas pulas, dia akhirnya dapat menikmati kehidupan bebas dengan melucutkan tuduhan tersebut.
Mendengar tentang berita tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa marah terhadap pelaku dan menuntut individu tersebut disabit hukuman keras.