fbpx

Gerrard disahkan positif jangkitan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GERRARD

BIRMINGHAM – Pengurus Aston Villa, Steven Gerrard terpaksa melupakan dua aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Chelsea dan Leeds United selepas beliau positif Covid-19.

Sebelum ini, pertemuan menentang Burnley di Villa Park pada 18 Disember lalu terpaksa ditangguhkan selepas kes positif dalam kem Villa ‘mengganas’ sehingga menyaksikan hampir separuh pemain utama dijangkiti wabak berkenaan.

Keadaan itu tidak menghairankan memandangkan beberapa perlawanan yang sepatutnya dilangsungkan minggu ini juga terpaksa ditunda kerana peningkatan mendadak kes positif Covid-19 dalam setiap pasukan.

“Aston Villa mengesahkan pengurus, Steven Gerrard tidak akan menghadiri dua perlawanan EPL menentang Chelsea dan Leeds United kerana didapati positif Covid-19.

“Sekarang beliau sedang menjalani kuarantin kendiri seperti yang diarahkan oleh EPL. Gerrad akan kembali selepas dua perlawanan tersebut,” ujar kelab itu dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Gerarrd pernah menyuarakan kebimbangan berhubung kes positif yang melanda pasukan itu kerana beliau mungkin dapat menggunakan 14 pemain sahaja untuk dua perlawanan tersebut.

“Kami pernah berdepan si­tuasi di mana pemain tidak mahu keluar daripada kereta kerana menunjukkan simptom jangkitan. Semua pemain bimbang dengan kemungkinan ter­kena jangkitan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI