fbpx

Dua lokasi di Kajang dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir kilat yang melanda dua kawasan di daerah Kajang sebentar tadi.

KAJANG – Hujan lebat menyebabkan banjir kilat dilaporkan berlaku di dua kawasan perumahan di Bandar Sungai Long dan Taman Lembah Mewah, di sini sebentar tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.19 petang dan seramai enam petugas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dikejarkan ke ke Apartmen Glen Court di Bandar Sungai Long.

“Sampai di tempat kejadian didapati berlaku limpahan air kolam berhampiran dengan kedalaman satu kaki.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan air surut sepenuhnya ketika petugas tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, banjir kilat yang berlaku di kawasan perumahan Taman Lembah Mewah pula dipercayai berpunca daripada longkang tersumbat dan juga hujan lebat.

“Tiada mangsa terlibat dan air beransur surut,” ujarnya.

Difahamkan beberapa jalan di sekitar daerah ini termasuk Kajang Mewah tidak dapat dilalui oleh kenderaan dan mengalami sedikit kesesakan di lokasi ekoran kenaikan paras air.

Jelas beliau, air di lokasi berkenaan sudah kembali normal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI