fbpx

Demi Lovato menyanyi untuk hantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMI LOVATO

PENYANYI terkenal, Demi Lovato menarik perhatian peminat apabila mengumumkan bahawa dirinya adalah seorang ‘non binary’ iaitu istilah bagi individu yang tidak menganggap bahawa dia adalah lelaki atau wanita.

Pengumuman tersebut dibuat selepas Lovato menjadi tetamu dalam sebuah program Unidentified yang menampilkan interaksi antara seorang pengkaji alam ghaib (paranormal) bersama makhluk halus (hantu).

Katanya, dia pernah menyanyi untuk hantu dan mendapat tepukan gemuruh daripada semua makhluk ghaib tersebut yang menonton persembahannya.

“Saya menyanyikan lagu Skyscraper yang ditujukan untuk hantu dan berasa sangat gembira kerana mendapat tepukan gemuruh.

“Saya tidak pernah mendapat tepukan tangan yang begitu meriah sekali daripada hantu,” katanya.

Lantaran pendedahan dibuat Lovato, 29, ramai yang kasihan melihat dirinya dan beranggapan bahawa penyanyi itu mungkin mengalami masalah kemurungan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI