fbpx

Dari kenduri kahwin ke kenduri tahlil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan majlis kahwin yang sepatutnya diadakan bertukar menjadi majlis tahlil apabila bapa pengantin perempuan meninggal dunia.

PETALING JAYA – Jodoh, ajal dan maut itu rahsia Allah dan siapa sangka, dalam kita gembira meraikan majlis pernikahan pasangan baru ada yang dijemput ilahi pada hari yang sama.

Kisah menyayat hati itu dikongsikan di laman TikTok oleh seorang pengguna @norchafieqahazri.

Menerusi video yang dimuat naik itu, majlis kahwin yang sepatutnya diadakan bertukar menjadi majlis tahlil apabila bapa pengantin perempuan meninggal dunia seusai pulang dari pejabat agama.

Namun, majlis yang sepatutnya disambut dengan penuh kegembiraan akhirnya bertukar menjadi momen yang sangat sedih.

Sementara itu, rata-rata orang ramai telah meninggalkan komen dengan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham diatas khabar duka tersebut.

“Ayah pengantin perempuan sempat lepaskan tanggungjawab dia dekat pengantin lelaki sebelum dia pergi menghadap ilahi, masyaallah besarnya dugaan. Takziah,” kata @nzuu_mkhtr.

“Tarikh ulang tahun perkahwinan akan datang sama dengan pemergian ayah tercinta, semoga arwah tenang di alam sana,” kata @Emma Aris.

“Salam takziah buat sahabat kita yang telah kehilangan ayah tercinta sewaktu majlis perkahwinan yang sepatutnya disambut dengan kegembiraan keluarga, mungkin akan ada kebahagiaan akan datang,” kata @SBCxYoez. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI