fbpx

‘Biarlah kami kongsi penderitaan ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SABRI (tengah) bersama ibu bapanya di rumah mereka di Taman Medan Jaya, Petaling Jaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tiada apa yang lebih membanggakan bagi seorang anak selain berkorban nyawa dan kudrat demi menjaga kedua-dua orang tuanya yang mende­rita pelbagai penyakit.

Sabri Che Ros, 44, dari Taman Medan di sini berkata, tanggungjawab itu perlu dipikul walaupun dia sendiri disahkan lumpuh sehingga terpaksa mengharapkan ihsan orang lain.

Katanya, kesakitan pada kaki­nya bermula pada tahun 2001 sehinggalah dia sukar berjalan dan disahkan lumpuh pada 2015.

“Doktor sendiri tak tahu punca penyakit saya, mungkin ada kaitan dengan sakit saraf,” kata­nya ketika ditemui di rumahnya di sini baru-baru ini.

Tambah Sabri, ibu bapanya juga mengalami masalah kesihatan apabila bapanya, Che Ros Hashim, 83, mempunyai penya­kit asma yang kronik, manakala ibunya, Rokiah Beram, 68, merupakan pesakit jantung dan hanya menggunakan injap tiruan yang diperbuat daripada plastik.

Katanya, sejak 2013, dia telah berhenti bekerja disebabkan keadaan kakinya yang tidak boleh bergerak.

“Kami hanya bergantung kepada sumber bantuan oleh Zakat Selangor serta RM1,000 yang diperuntukkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Saya juga perlu menanggung kos rawatan dan ubat untuk kami tiga beranak,” katanya.

Sementara itu, Che Ros turut memaklumkan lebih 35 tahun dia mengalami masalah asma dan sejak 10 tahun lalu penyakitnya semakin kronik dan perlu bergantung dengan ubat setiap masa.

“Saya ada banyak penyakit dan sejak tahun 2016, saya tak boleh berjalan. Kaki sebelah kanan juga telah dipasang besi akibat patah.

“Saya kini tinggal di rumah dengan anak (Sabri) dan isteri. Kami sama-sama sakit dan sama-sama menjaga diri,” katanya.

Jelasnya, dia bersama anak­nya mempunyai masalah untuk berjalan dan mereka memerlukan bantuan dan sokongan orang lain ketika ingin ke hospital atau klinik bagi mendapatkan rawatan kesihatan.

“Isteri saya pun ada masalah jantung dan perlu berulang ke Hospital Kuala Lumpur setiap dua minggu dan kami tak ada pengangkutan bagi tujuan itu.

“Kadang-kadang ada saudara datang menolong, tetapi mereka juga bekerja dan ada kalanya kami terpaksa membatalkan janji temu dengan pihak hospital,” ujarnya.

Susulan itu, Che Ros berharap ada pihak dapat membantu dari aspek pengangkutan terutama­nya untuk ke hospital pada hari janji temu selain bantuan kerusi roda untuk memudahkan mereka bergerak dan menguruskan kehidupan harian.

Orang ramai yang ingin me­nyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Hong Leong 281-51-01524-5 atas nama Rokiah Beram atau menghubungi talian 012-2341427. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI