fbpx

Aerotrain KLIA bakal diganti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia Airports Holdings Berhad (Malaysia Airports) telah memulakan proses menggantikan Penggerak Penumpang Automatik (APM) di lapangan terbang tersebut, yang juga dikenali sebagai sistem Aerotrain.

Malaysia Airports dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, sejak KLIA memulakan operasi 23 tahun lepas, sistem Aerotrain semasa telah memudahkan pergerakan lebih 300 juta penumpang antara bangunan terminal utama dan bangunan satelitnya.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sistem Aerotrains sering berdepan masalah gangguan perkhidmatan dan ia menyusahkan penumpang kerana terpaksa menggunakan perkhidmatan bas alternatif.

“Isu ini bakal selesai dalam tempoh tiga tahun kerana KLIA bakal mendapat Aerotrain yang baharu,” katanya.

Iskandar Mizal

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, Aerotrain semasa telah menghampiri peringkat akhir hayatnya dan perlu dinaik taraf supaya penumpang dapat dilayan dengan lebih baik.

Jelasnya, penggunaan Aerotrain sedia ada tidak lagi berdaya maju memandangkan aset lama adalah lebih mudah rosak dan sukar mendapat alat ganti.

“Aerotrain baharu yang dinaik taraf akan memberikan kecekapan operasi lebih baik.

“Tidak dinafikan akan wujud sedikit kesulitan bagi penumpang dalam tempoh tiga tahun ini semasa tempoh naik taraf.

“Sementara kami berusaha meminimumkan gangguan perkhidmatan, penumpang akan terus dipindahkan menggunakan perkhidmatan bas yang telah berjalan dengan baik sebagai perkhidmatan alternatif sejak 2017,” ujarnya.

Projek Aerotrain baharu telah dianugerahkan kepada Pestech Technology Sdn. Bhd. (Pestech) dan ia bakal bermula pada Mac 2022 serta mengambil masa tiga tahun untuk siap. Projek tersebut merangkumi penggantian sistem Aerotrain serta penyelenggaraannya selama sepuluh tahun sehingga 2034. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI