fbpx

34 kali tikam kekasih selepas lamaran ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zyad dikatakan terlalu mengongkong Fatemeh, yang menyebabkan lamarannya ditolak wanita itu. – Newsflash

BERLIN, JERMAN – Seorang lelaki berketurunan Iraq dipenjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah di Jerman kerana didapati bersalah membunuh teman wanitanya menggunakan sebilah pisau berukuran 15 sentimeter dan  cuba memenggal kepala mangsa, lapor portal berita MailOnline semalam.

Tertuduh yang hanya dikenali sebagai Zyad S, didakwa membunuh mangsa yang berasal dari Iran, Fatemeh B, selepas wanita itu menolak lamarannya untuk berkahwin.

Berdasarkan perbicaraan di mahkamah, mangsa menjalin hubungan cinta dengan tertuduh  selama tiga bulan sebelum dia dibunuh. Mangsa menolak lamaran Zyad kerana sikapnya yang terlalu mengongkong.

“Mangsa mahukan kebebasan dan dia ingin mencuba sesuatu yang baharu,” kata Hakim Gesine Brunkow.

Selepas cintanya ditolak, pada 16 Februari 2019, tertuduh memaksa wanita itu  masuk ke dalam keretanya dan membawa mangsa ke sebuah kawasan di pinggir bandar lalu membunuhnya.

Mangsa ditemui mati bersama 34 kesan kecederaan akibat tikaman pisau dan  mengalami luka parah pada bahagian lehernya.

“Kesan luka pada leher mangsa menunjukkan bukti terdapat percubaan untuk memenggal kepalanya,” ujar Brunkow.

Defendan mengaku menikam mangsa, namun memberitahu bahawa pembunuhan itu dilakukan secara tidak sengaja.

Menurutnya, dia bertindak demikian akibat cemburu dan kerana mangsa telah melakukan provokasi terhadapnya.

Mahkamah Wilayah Luebeck pada awalnya memutuskan bahawa pembunuhan itu berlaku secara tidak sengaja dan  menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Zyad.

Bagaimanapun, selepas dibicarakan semula pada 20 Disember lalu, Mahkamah Keadilan Persekutuan Jerman menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap tertuduh kerana menyifatkan hukuman awal terlalu ringan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI