fbpx

Russia denda Google hampir RM420 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang diambil pada 8 November 2021 di Moscow menunjukkan logo Google, syarikat teknologi multinasional AS dan perkhidmatan berkaitan Internet pada skrin telefon pintar. - AFP

MOSCOW –  Sebuah mahkamah Rusia mengenakan  denda hampir AS$100 juta(RM419.5 juta) ke atas Google dan kira-kira AS$30 juta (RM125.8 juta) terhadap syarikat induk Facebook, Meta kerana gagal memadamkan kandungan yang diharamkan oleh Moscow, lapor agensi be­rita United International Press kelmarin.

Mahkamah Daerah Taganasky itu mendenda Google sebanyak AS$97,776,000(RM410.1 juta) dan mengenakan ­penalti berjumlah AS$27,150,000 (RM113.8 juta) terhadap Meta selepas Rusia meningkatkan usaha mengawal kandungan online sejak setahun lalu.

Denda itu adalah berdasarkan peratusan pendapatan kedua-dua syarikat itu di Rusia sejak setahun lalu. Denda ke atas Google itu dipercayai yang terbesar seumpamanya setakat ini.

Kedua-dua firma berpangkalan di Amerika Syarikat itu diberi masa 10 hari untuk membuat rayuan.

Perkembangan itu berlaku selepas Rusia meningkatkan tekanan terhadap Google supaya memadamkan kandungan yang mempunyai kaitan dengan pemimpin pembangkang, Alexei Navalny.

Makkamah Rayuan Arbitrasi Kesembilan Rusia memutuskan pada bulan ini bahawa Google akan didenda seba­nyak AS$13.5 juta (RM56.6 juta) sekiranya ia tidak  membatalkan keputusan untuk menyekat akaun YouTube saluran televisyen Rusia,  Tsargrad. Keputusan itu mengekalkan perintah mahkamah lebih rendah supaya saluran televisyen tersebut dikekalkan.

YouTube menyekat Saluran Televisyen Tsargrad pada 28 Julai 2020, manakala Google kemudian menjelaskan bahawa pengasas Tsargrad, Konstantin  Malofeev diletakkan di bawah senarai sekatan Amerika Syarikat.

Beliau dikenakan sekatan  berkaitan penglibatan Rusia dalam konflik di Ukraine. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI