fbpx

Perancis catat rekod 104,611 kes harian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG RAMAI menunggu giliran untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di Paris pada 23 Disember lalu. - AFP

PARIS – Jangkitan Covid-19 di Perancis mencecah  enam angka semalam apabila pegawai-pegawai kesihatan merekodkan sebanyak 104,611 kes baharu dalam tempoh 24 jam sebelumnya.

Perancis merekodkan angka tertinggi jangkitan Covid-19 untuk tiga hari berturut-turut.

Angka terbaharu oleh agensi kesihatan awam Perancis itu diumumkan menjelang satu sidang video hari ini di mana Presiden Emmanuel Macron bersama barisan pemimpin kanan kerajaan yang lain akan membincangkan langkah keselamatan baharu Covid-19.

Pegawai-pegawai Perancis kini bimbang mengenai impak penularan luar biasa varian Omicron.

Angka terbaharu itu menandakan peningkatan dramatik jangkitan koronavirus sejak permulaan bulan ini. Jumlah kes Covid-19 mencecah 50,000 untuk kali pertama pada 4 Disember lalu sebelum mencatatkan peningkatan yang berterusan.

Setakat ini, Perancis merekodkan sebanyak 122,546 kematian akibat Covid-19, manakala 76.5 peratus populasinya menerima dua dos suntikan vaksin koronavirus.

Dalam pada itu, kelmarin pihak berkuasa kesihatan Perancis menyarankan supaya penduduk dewasa mendapatkan suntikan dos penggalak tiga bulan selepas vaksinasi awal mereka.

Paris turut bertindak untuk memastikan supaya pas kesihatan atau pun pasport vaksin sah untuk digunakan sekiranya rakyat bersetuju mendapatkan suntikan dos penggalak.

Pas itu diperlukan untuk masuk ke kafe, restoran dan tempat awam lain di samping melakukan perjalanan antarabangsa. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI