fbpx

Penunggang motosikal pamer aksi ‘Superman’ ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi 'Superman' dilakukan seorang remaja yang tular di media sosial, kelmarin.

ALOR SETAR – Seorang remaja lelaki ditahan polis setelah video memaparkan aksinya menunggang motosikal ala ‘Superman’ tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, penunggang motosikal berusia 19 tahun itu ditahan di Ipoh, Perak pada Jumaat lalu.

Katanya, penahanan suspek adalah hasil kerjasama antara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) kedua-dua negeri.

“Aksi ‘Superman’ itu dipercayai dilakukan di Kilometer 46 Lebuh Raya Utara- Selatan arah selatan dalam daerah Kota Setar.

“Ia tular setelah video itu dipaparkan di laman Facebook MotoMalaya dua hari lepas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menerusi video berdurasi 41 saat itu, penunggang motosikal terbabit dilihat melakukan aksi ‘Superman’ dengan gelagatnya turut diketawakan individu yang merakam perbuatannya itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN