fbpx

Nketiah tolak kontrak baharu ditawar Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHILLIPS mengakui mahu terus kekal bersama Leeds biarpun kelibatnya diburu oleh pengurus sementara United, Rangnick. –AFP

LONDON – Arsenal bakal kehilangan khidmat bekas kapten bawah 21 tahun England, Eddie Nketiah secara percuma sebaik jendela perpindahan pemain kembali dibuka bulan depan.

Ia selepas Nketiah dilapor­kan menolak perjanjian lanjutan baharu yang ditawarkan oleh Arsenal bagi memboleh­kannya berunding dan menandatangani prakontrak dengan pasukan-pasukan baharu bermula 1 Januari depan.

Situasi tersebut dilihat sebagai satu kerugian besar buat The Gunners selepas penye­rang berusia 21 tahun itu baru sahaja meledak hatrik ketika menewaskan Sunderland 5-1 pada suku akhir Piala Liga England baru-baru ini.

Difahamkan, Nketiah ter­desak untuk meninggalkan Arsenal dengan mencari kelab baharu yang boleh menawarkan lebih banyak minit permainan buat dirinya.

“Walaupun saya meledak hatrik tetapi saya tidak gembira dengan situasi sekarang. Saya hanya mahu bermain bola sepak seke­rap yang boleh.

“Saya hormati kontrak bersama Arsenal. Setiap kali diturunkan, saya akan tetap memberikan persembahan sehabis baik. Mengenai masa depan saya, kita tunggu sahajalah,” katanya.

Nketiah kecewa apabila cuma mendapat peluang ber­aksi selama 38 minit daripada 18 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini selepas dimasukkan tiga kali sebagai pemain gantian.

Situasi itu menarik minat dua kelab Bundesliga, Bayer Leverkusen dan Schalke 04 untuk mendapatkan khidmat Nketiah yang mempunyai 18 jumlah jaringan daripada 71 aksi bersama Arsenal sejak 2017. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI