fbpx

Toprak mahu ke saingan MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOPRAK berjaya mencipta sensasi pada saingan WSBK apabila muncul juara musim lalu menamatkan penguasaan Rea. – AFP

LONDON – Juara Kejohanan Superbike Dunia (WSBK), Toprak Razgatlioglu memberi bayangan akan ‘tukar angin’ dengan me­nyertai saingan perlumbaan berprestij, Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim 2023 nanti.

Sebagai rekod, Toprak yang mewakili pasukan Pata Yamaha masih memiliki kontrak bersama pasukan itu sehingga penghujung musim 2023 tetapi Yamaha sa­ngat berminat untuk menaikkan pangkat pelumba kelahiran Turki ke kancah MotoGP lebih awal.

Difahamkan, antara pasukan MotoGP yang sudah merisik khid­mat pelumba berusia 25 tahun itu adalah pasukan baharu, RNF Team yang sebelum ini dikenali dengan nama Yamaha SRT.

“Saya telah diberi peluang untuk menguji jentera M1 pada tahun depan bersama dengan Cal Crutchlow pada sesi percubaan yang akan dilakukan secara tertutup.

Sekiranya segalanya berjalan lancar, mungkin saya akan membuat debut pada saingan MotoGP musim 2023.

“Bagaimanapun, buat masa ini masa depan saya adalah bersama saingan WSBK dan saya mahu berusaha mempertahankan kejuaraan utama yang dimenangi musim lalu bersama Pata Yamaha,” kata Toprak.

Jika hasrat Toprak untuk bersaing pada perlumbaan MotoGP pada musim 2023, kemungkinan besar dia akan menyertai RNF Team selepas pasukan utama Yamaha sudah memiliki dua pelumba, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Toprak sebelum ini mencipta sensasi tersendiri selepas berjaya menamatkan penguasaan pelumba Ireland Utara, Jonathan Rea yang sebelum bergelar juara dunia WSBK enam tahun berturut-turut pada saingan musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI