fbpx

Stoking punca Rain jatuh cinta terhadap Kim Tae-hee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIN dan isterinya, Kim Tae-hee.

UMUM mengetahui bahawa Rain dan Kim Tae-hee merupakan antara pasangan selebriti Korea Selatan popular yang sangat disayangi serta disenangi peminat.

Pun begitu, ramai yang tidak tahu kisah sebenar bagaimana mereka bertemu dan mula menjalin hubungan cinta hingga membawa ke gerbang perkahwinan.

Rain menerusi program temu bual baru-baru ini mendedahkan, pertemuan mereka dan rasa cintanya terhadap Tae-hee bermula kerana sepasang stoking ketika menjalani penggambaran iklan pada 2012.

“Itu adalah kali pertama saya merakamkan iklan bersama Tae-hee. Selalunya ketika mahu menukar stoking, saya akan meminta pada staf dan mereka yang akan melakukannya buat saya.

“Tetapi Tae-hee pula tukar sendiri tanpa menyusahkan stafnya. Pada ketika itu, terdetik dalam fikiran saya, dialah orangnya,” dedahnya.

Malah, pelakon itu mendedahkan, sebelum berjaya memikat hati Tae-hee, dia pernah ditolak sebanyak lima kali oleh wanita itu.

Mendengar pendedahan tersebut, rata-rata peminat gembira dengan perkongsian berkenaan memandangkan mereka jarang sekali berkongsi mengenai kehidupan peribadi kepada umum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI